Saturday, September 29, 2018

BAB 10:PENYESUAIAN SOSIAL(KEMAHIRAN BELAJAR)


Dalam penyesuaian sosial itu terbahagi kepada 5 perkara:

1.    Kemahiran Interpersonal
2.    Kemahiran Intrapersonal
3.    Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran
4.    Isu-isu Perkongsian Maklumat
5.    Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik 

Sebelum itu apa yang dimaksudkan dengan penyesuaian? penyesuaian ialah satu proses adaptasi. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat serta cara hidup. Penyesuaian ini juga sebagai proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam usaha individu berkenaan unruk memenuhi keperluannya dan mencapai matlamat dalam sesuatu persekitaran.


Bagaimana pula dengan Penyesuaian Sosial?

Penyesuian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kegagalan melaksanakan penyesuaian sosial akan menyebabkan mereka gagal untuk mencapai matlamat atau cita-cita. Schneirders (dalam Hurlock, 2002) mengatakan penyesuaian sosial merupakan proses mental dan tingkah laku yang mendorong seseorang untuk menyesuaikan diri dengan keinginan yang berasal dari dalam diri sendiri yang dapat diterima oleh lingkungannya. 

CONTOH PENYESUAIAN SOSIAL

a) Di sekolah 
1.    Menjalin hubungan yang baik dengan teman dan guru.
2.    Mau menerima larangan dan tanggung jawab.
3.    Membantu sekolah untuk melaksanakan tujuan sesuai dengan fungsinya.
b) Dalam masyarakat
1.    Ingin mengakui dan menghormati hak orang lain dalam masyarakat.
2.  Belajar akan hidup bersama dan menumbuhkan persahabatan dengan orang lain.
3. Menghormati nilai-nilai hukum, kebiasaan dan tradisi sosial yang ada di masyarakat.

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal adalah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.

Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasa oleh orang lain. Juga, keupayaan menerima idea atau pandangan orang lain terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara adalah sangat penting. Seseorang yang mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi akan bersifat professional dan bersifat terbuka kerana mereka berminat untuk menyoal sesuatu bagi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan diri sendiri atau orang lain. Individu seperti ini dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah.



kelihatan dua invidividu yang cuba menyampaikan maklumat masing-masing tetapi akibat tidak mempunyai kemahiran interpersonal maka mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan menimbulkan salah faham.


                                 
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal pula merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan dan menuju matlamat dan cita-cita tersendiri.

Antara kepentingan kemahiran intrapersonal ini ialah:
1.    dapat meningkatkan keyakinan diri 
2.    meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan
3.    mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri
4.    meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang datang




PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PELAJARAN

Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Ianya juga merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara individu yang memungkinkan perubahan tingkah laku. Dapat saling meluahkan perasaan, pandangan, berkongsi idea, saling membantu dan mengajar antara satu sama lain.

Isu-Isu Perkongsian Maklumat
  • Perkongsian maklumat dilakukan melalui Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar di IPG.
  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk semua kursus di IPG
  • Perkongsian maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan internet iaitu:
         i) blog
         ii) flickr
         iii)slideshare
         iv)skype
         v) facebook
         vi) twitter
         vii)lain-lain lagi



Kelebihan Perkongsian Maklumat melalui ICT
  • menjimatkan masa
  • dapat berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas
  • mudah untuk memuat naik dan memuat turun bahan-bahan maklumat


ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek bioligikal tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial. Raslan Ahmad (2009) pula memberi maksud hubungan gender sebagai kesamaan dan ketaksamaan antara peranan dan penggunaan tenaga kerja lelaki dan perempuan.

Sistem pendidikan Malaysia yang lebih mengutamakan kecemerlangan akademik membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan gender. Jelas sekali apabila  bilangan pelajar perempuan di institut pengajian tinggi mendominasi dan lebih ramai daripada pelajar lelaki. Faktor gender ini memberi kelebihan kepada wanita kerana golongan wanita semula jadi lebih mahir dalam perkara mengingati berbanding lelaki. Tambahan pula, sistem peperiksaan di Malaysia lebih kepada menghafal dan mengingat.

Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan strategi mengajar supaya dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.