Dalam penyesuaian sosial itu terbahagi kepada 5 perkara:
1.
Kemahiran Interpersonal
2.
Kemahiran Intrapersonal
3.
Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran
4.
Isu-isu Perkongsian Maklumat
5.
Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik
Sebelum itu apa yang dimaksudkan
dengan penyesuaian? penyesuaian ialah satu proses adaptasi. Penyesuaian berlaku
dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat
serta cara hidup. Penyesuaian ini juga sebagai proses interaksi antara individu
dengan persekitaran dan dalam usaha individu berkenaan unruk memenuhi
keperluannya dan mencapai matlamat dalam sesuatu persekitaran.
Bagaimana pula dengan Penyesuaian
Sosial?
Penyesuian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kegagalan melaksanakan penyesuaian sosial akan menyebabkan mereka gagal untuk mencapai matlamat atau cita-cita. Schneirders (dalam Hurlock, 2002) mengatakan penyesuaian sosial merupakan proses mental dan tingkah laku yang mendorong seseorang untuk menyesuaikan diri dengan keinginan yang berasal dari dalam diri sendiri yang dapat diterima oleh lingkungannya.
CONTOH PENYESUAIAN SOSIAL
a) Di sekolah
1. Menjalin hubungan yang baik dengan
teman dan guru.
2. Mau menerima larangan dan tanggung
jawab.
3. Membantu sekolah untuk
melaksanakan tujuan sesuai dengan fungsinya.
b) Dalam masyarakat
1. Ingin mengakui dan menghormati hak
orang lain dalam masyarakat.
2. Belajar akan hidup bersama dan
menumbuhkan persahabatan dengan orang lain.
3. Menghormati nilai-nilai hukum,
kebiasaan dan tradisi sosial yang ada di masyarakat.
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Menurut Teori Multiple
Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal adalah keupayaan untuk
berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
Kemahiran interpersonal terdiri
daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu
perkara iaitu memahami apa yang dirasa oleh orang lain. Juga, keupayaan
menerima idea atau pandangan orang lain terhadap diri sendiri dan berkaitan
sesuatu perkara adalah sangat penting. Seseorang yang mempunyai kemahiran
interpersonal yang tinggi akan bersifat professional dan bersifat terbuka
kerana mereka berminat untuk menyoal sesuatu bagi mendapatkan penjelasan
mengenai sesuatu perkara berkaitan diri sendiri atau orang lain. Individu
seperti ini dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah.
kelihatan dua invidividu yang cuba
menyampaikan maklumat masing-masing tetapi akibat tidak mempunyai kemahiran interpersonal
maka mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan menimbulkan salah faham.
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
Kemahiran intrapersonal pula merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan dan menuju matlamat dan cita-cita tersendiri.
Antara kepentingan kemahiran
intrapersonal ini ialah:
1.
dapat meningkatkan keyakinan diri
2.
meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan
3.
mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri
4.
meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang datang
PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI
PELAJARAN
Komuniti pembelajaran adalah
tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang
baik. Ianya juga merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama
antara individu yang memungkinkan perubahan tingkah laku. Dapat saling meluahkan
perasaan, pandangan, berkongsi idea, saling membantu dan mengajar antara satu
sama lain.
Isu-Isu Perkongsian Maklumat
- Perkongsian
maklumat dilakukan melalui Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar di IPG.
- Penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk semua kursus
di IPG
- Perkongsian
maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan internet iaitu:
i) blog
ii) flickr
iii)slideshare
iv)skype
v) facebook
vi) twitter
vii)lain-lain lagi
vi) twitter
vii)lain-lain lagi
Kelebihan Perkongsian Maklumat
melalui ICT
- menjimatkan
masa
- dapat
berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas
- mudah
untuk memuat naik dan memuat turun bahan-bahan maklumat
ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki
dan perempuan bukan dari aspek bioligikal tetapi peranan mereka dalam
perjanjian sosial. Raslan Ahmad (2009) pula memberi maksud hubungan gender
sebagai kesamaan dan ketaksamaan antara peranan dan penggunaan tenaga kerja
lelaki dan perempuan.
Sistem pendidikan Malaysia yang lebih mengutamakan kecemerlangan
akademik membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan gender. Jelas sekali
apabila bilangan pelajar perempuan di institut pengajian tinggi
mendominasi dan lebih ramai daripada pelajar lelaki. Faktor gender ini memberi
kelebihan kepada wanita kerana golongan wanita semula jadi lebih mahir dalam
perkara mengingati berbanding lelaki. Tambahan pula, sistem peperiksaan di
Malaysia lebih kepada menghafal dan mengingat.
Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan strategi mengajar supaya dapat
disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.

